Skip to main content

Saya melanggan Disney+ secara terus melalui Disney. Bolehkah saya beralih kepada langganan melalui Astro?

Ya. Anda boleh melanggan Disney+ melalui Astro walaupun anda sudah mempunyai langganan Disney+ secara terus menerusi Disney+.

a. Jika anda melanggan pelan Disney+ yang sama atau yang bernilai lebih tinggi melalui Astro dan mengaktifkannya menggunakan butiran log masuk yang sama (iaitu alamat e-mel atau nombor telefon dan kata laluan) yang didaftarkan pada akaun Disney+ sedia ada anda, langganan terus melalui Disney+ akan dihentikan secara automatik selagi langganan Disney+ melalui Astro kekal aktif.

Contohnya:

  • Disney+ Standard (di-bil oleh Disney) → Disney+ Standard (di-bil oleh Astro)
  • Disney+ Standard (di-bil oleh Disney) → Disney+ Premium (di-bil oleh Astro)
  • Disney+ Premium (di-bil oleh Disney) → Disney+ Premium (di-bil oleh Astro)

 

b. Jika anda melanggan pelan Disney+ yang lebih rendah melalui Astro, langganan Disney+ sedia ada menerusi Disney+ akan kekal aktif dan langganan Disney+ menerusi Astro akan dianggap sebagai langganan tambahan. Dalam situasi ini, anda mungkin mempunyai lebih daripada satu langganan Disney+ yang aktif.

Contoh:

  • Disney+ Premium (dibilkan oleh Disney) → Disney+ Standard (dibilkan oleh Astro)


Jika anda ingin membuat perubahan atau membatalkan langganan Disney+ menerusi Disney+, anda perlu menghubungi Disney+ secara terus.

Adakah ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda! Respon anda akan membantu memperbaiki halaman ini.

Cuba alternatif ini: