Apakah perubahan untuk pelanggan Disney+ bermula 7 Oktober 2026?
Bermula 7 Oktober 2026, Disney+ akan beralih kepada pengalaman aplikasi Disney+ yang baharu. Pelanggan Astro boleh terus menikmati Disney+ melalui Astro tanpa sebarang perubahan kepada langganan Disney+ atau caj langganan bulanan mereka.
Aplikasi baharu akan dikemas kini secara automatik untuk pelanggan yang menstrim melalui Astro Ultra atau Ulti Box. Bagi pelanggan yang menstrim menggunakan peranti peribadi, anda hanya perlu memuat turun aplikasi Disney+ yang baharu untuk terus menonton Disney+.
Pelanggan sedia ada boleh log masuk menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon bimbit yang sama yang didaftarkan pada akaun Disney+ sedia ada mereka.
Untuk maklumat lanjut dan bantuan berkaitan aplikasi Disney+ atau ciri-ciri baru yang tersedia, sila layari Pusat Bantuan Disney+.