Adakah saya perlu lakukan apa-apa untuk menggunakan aplikasi Disney+ yang baharu?
Untuk pelanggan Astro Ultra dan Ulti Box
- Tiada tindakan diperlukan.
- Aplikasi Disney+ yang baharu akan dikemas kini secara automatik pada Astro Box anda mulai 7 Oktober 2026.
- Anda boleh log masuk menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang sama yang didaftarkan dengan akaun Disney+ sedia ada anda untuk mula menstrim.
Untuk pelanggan yang menonton pada peranti peribadi (cth. telefon pintar, tablet atau Smart TV)
- Muat turun aplikasi Disney+ yang baharu untuk terus menikmati kandungan Disney+.
- Anda boleh log masuk menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang sama yang didaftarkan pada akaun Disney+ sedia ada anda untuk mula menstrim.
- Aplikasi Disney+ semasa akan kekal sehingga 4 November 2026 bagi memberi masa kepada pelanggan untuk beralih ke aplikasi baharu
- Pengguna Smart TV Samsung dan LG digalakkan untuk memuat turun aplikasi baharu sebelum 20 Oktober 2026.