Bagaimanakah saya boleh log masuk ke Disney+ pada Astro Ultra atau Ulti Box saya?
Sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk log masuk:
LANGKAH 1
Klik pada logo aplikasi Disney+ di baris Apps pada halaman Home anda
LANGKAH 2
Pilih Log In
LANGKAH 3
Imbas kod QR atau layari laman web yang dipaparkan pada skrin untuk log masuk
LANGKAH 4
Masukkan kod yang dipaparkan pada skrin untuk menyambungkan TV anda
LANGKAH 5
Masukkan alamat e-mel atau nombor telefon yang dikaitkan dengan langganan Disney+ anda
LANGKAH 6
Pilih sama ada anda ingin menerima OTP melalui alamat e-mel atau nombor telefon anda
LANGKAH 7
Masukkan OTP anda
LANGKAH 8
Semak dan setuju dengan terma Disney+
Hanya untuk log masuk kali pertama ke Disney+ selepas pemindahan aplikasi
LANGKAH 9
Cipta profil pengguna anda
Hanya untuk log masuk kali pertama ke Disney+ selepas pemindahan aplikasi
LANGKAH 10
Pilih profil pengguna anda pada skrin TV untuk mula menonton