Adakah terdapat pilihan untuk menghentikan penggunaan e-Invois?
Kami menggalakkan anda untuk kekalkan e‑Invoice kerana ia membantu mempercepatkan proses, memudahkan urus niaga dan memudahkan anda menyimpan rekod yang tepat untuk tuntutan pelepasan cukai.
Jika anda masih ingin berhenti menerima e‑Invoice, anda boleh pilih untuk keluar melalui laman web My Astro atau aplikasi My Astro.
Di laman web My Astro:
- Log masuk menggunakan Astro ID anda.
- Klik Bil, tatal ke bawah ke e-Invois, dan tap butang untuk menyahaktif.
- Sila klik butang Sah untuk memastikan perubahan telah disimpan.
Di aplikasi My Astro:
- Log masuk menggunakan Astro ID anda.
- Ketik nombor akaun anda atau ikon profil di bahagian kiri atas skrin.
- Tatal ke bawah ke bahagian Bil, pilih e-Invois, dan matikan togol.
- Sila klik butang Sah untuk memastikan perubahan telah disimpan.