Skip to main content

Bagaimanakah saya memilih e-Invois?

Anda boleh memilih untuk mengaktifkan e-Invois melalui laman web My Astro atau aplikasi My Astro dengan mengikuti langkah‑langkah di bawah. Bergantung pada profil anda, anda mungkin diminta untuk mengisi maklumat tambahan. Sila skrol ke bawah untuk menyemak maklumat yang diperlukan sebelum meneruskan.

Melalui laman web My Astro:

  1. Log masuk menggunakan Astro ID anda.
  2. Klik Bil, tatal ke bawah ke e-Invois, dan tap butang untuk mengaktifkan.
  3. Anda mungkin perlu memasukkan alamat e-mel dan klik senarai Pengakuan untuk mengesahkan.


Melalui aplikasi My Astro:

  1. Log masuk menggunakan Astro ID anda.
  2. Ketik nombor akaun anda atau ikon profil di bahagian kiri atas skrin.
  3. Tatal ke bawah ke bahagian Bil, pilih e-Invois, dan tap butang untuk mengaktifkan.
  4. Anda mungkin perlu memasukkan alamat e-mel dan klik senarai Pengakuan untuk mengesahkan.





Maklumat yang mungkin diperlukan:

Maklumat yang diperlukan bergantung pada profil pelanggan anda.

Untuk warganegara Malaysia dengan NRIC 12 digit (i.e. MyKad, MyTentera,MyKas,MyPR)

E-mel (Wajib)

No. TIN (Pilihan)- Kami menasihatkan anda untuk memberikan no. TIN demi memudahkan pemprosesan pemberian e-Invois.

Untuk warganera Malaysia dengan NRIC yang bukan 12 digit

E-mel (Wajib)

No. TIN (Pilihan)- Kami menasihatkan anda untuk memberikan no. TIN demi memudahkan pemprosesan pemberian e-Invois.

Bukan warganegara Malaysia

E-mel (Wajib)

No. TIN (Pilihan)- Kami menasihatkan anda untuk memberikan no. TIN demi memudahkan pemprosesan pemberian e-Invois.


Nota: Anda boleh mendapatkan TIN anda menerusi MyTax Portal atau lawati cawangan LHDN terdekat.

Adakah ini membantu?

Terima kasih atas maklum balas anda! Respon anda akan membantu memperbaiki halaman ini.

Cuba alternatif ini: