Adakah terdapat platform bil digital yang tersedia untuk memeriksa bil Astro saya?
Ya, terdapat lima platform bil digital yang tersedia untuk semua pelanggan bagi memeriksa bil Astro mereka:
A. My Astro app
1. Muat turun aplikasi My Astro app
2. Log masuk dengan Astro ID anda
3. Pergi ke Akaun > Bil
4. Anda boleh menyemak jumlah bil, buat bayaran, muat turun penyata bil, dan melihat sejarah pembayaran - semuanya dalam satu aplikasi
B. My Astro Web
Sebagai alternatif, anda juga boleh guna versi laman web My Astro
C. Astro Quick Pay
1. Layari https://pay.astro.com.my
2. Masukkan Nombor Akaun Astro 10 digit anda dan ikuti arahan untuk melihat bil, status akaun, membayar bil atau menambah peringatan pada kalendar Google anda.
Nota: Anda tidak boleh muat turun bil atau melihat sejarah pembayaran melalui Astro Quick Pay. Untuk pengalaman yang lebih baik, sila muat turun aplikasi My Astro app.
D. IVR
1. Hubungi +603-9543 3838
2. Tekan 1 untuk pertanyaan akaun
3. Masukkan akaun Astro 10 digit anda atau MyKad 12-digit
4. Tekan 2 untuk Pembayaran dan Pengebilan
5. Tekan 1 untuk menerima SMS dengan baki bil andadan pautan pembayaran dalam talian
Nota: Anda tidak boleh muat turun bil atau melihat sejarah pembayaran melalui IVR. Muat turun aplikasi My Astro app untuk pengalaman pengurusan bil yang lebih lengkap.
E. Auto-Debit
Sebagai alternatif, sila daftar ke Auto-Debit dengan mengikuti langkah-langkah di sini untuk pembayaran mudah.
đź’ł Nak urus bil Astro anda dengan mudah?
📱 Muat turun My Astro app sekarang untuk:
- Lihat dan muat turun penyata bil
- Semak sejarah pembayaran
- Bayar dengan beberapa klik sahaja